Pendaftaran Maxis Ekelas 2017
21 Januari 2017 | Aktiviti Terkini20 Januari 2017 – Pada hari ini, Tuisyen Digital E-Kelas bagi tahun 2017 telah pun bermula. Sebelum itu, satu sesi pendaftaran dan taklimat telah diadakan di Bilik Latihan PI PPR Kg Muhibbah. Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang pelajar tingkatan 1 hingga 3.
Pelajar yang terawal mendaftar amat bertuah kerana mendapat cenderamata sumbangan pihak Maxis. Cenderamata berupa buku dan alat tulis ini diberi agar pelajar seronok untuk memulakan sesi pembelajaran dalam kelas tuisyen itu nanti.
Sesi taklimat yang dikendalikan oleh Pengurus dan dibantu oleh Penolong Pengurus, menerangkan serba sedikit mengenai E-Kelas seperti kedatangan, jadual waktu, aktiviti-aktiviti sampingan serta manfaat yang bakal diperolehi oleh para pelajar terutamanya kepada pelajar baru dari tingkatan 1.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: